Monday, 7 November 2011

Selamat Malam Dunia..

selamat malam..jumpe lagi dilain hari..tadi g beraye kat umah ustaz asyraf kat bukit payung..terbaek ah!!

Sunday, 6 November 2011

Raya Si Perantauan??

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini bertanggal 10 Zulhijjah bersamaan dengan Hari Raya Eiduladha, merupakan raya korban pertama aku menyambutnya tanpa berada disamping family terchenta. Taun ni aku raya kat Terengganu sebab nak beli tiket mahal, dah la baru je balek hari tu. Huhu. Xpe la. Raye kat cni pon ok pe.. raye ngan kengkawan. Ade gak pengalaman beraye kat perantauan.. hehe.

Hari ni, lepas wat jemaah sendiri kat surau (jemaah sesama muslimat) ktorang bersiap2 ntuk menyiapkan juadah hari raya yang sederhana. Cecey..hehe. Menunya adalah rendang daging resepi Fatin Pisol, Sup daging, n daging masah black papper. Perghh! Sedap btol menunye.. tunggu punya tunggu dari lepas solat, sampaila kul 12 tengah hari, baru la daging korban sampai. Sampai2, aku pon terkorban melayan mimpi. Huhu. So, drpd nk wat juadah makan tgh hari, trus jd juadah makan petang.. ok la tu kan. Asalkan ade la gak juadahnye. Hehe.

Sonok sangat mase nak wat menu tuh. Masing2 bg komitmen. Syok la. Tula, ade hikmahnye aku beraye kat cni. Dapat gak pengalaman ni. Bak kata orang, pengalaman adalah guru yang terbaik. Tanpa pengalaman, mesti kita x pandai. Hehe.. Berfalsafah la plak. Tapi, ktorang xg umah sesape pon.. nak siapkan juadah punye pasal la. Hehe. Ni lauk dy.. nyam3. Sedap sangat rendang ni.. bertambah2 aku makan. Haha.



Lepas siap masak dalam kul 4 petang gitu, ktorang makan ramai2. Sume yang masak je la. Makan dalam talam. Kan sunnah makan dalam satu tempat n kongsi ramai2. Penuh ngan barakah.. Mudah2an rezeki tadi diberkati Allah Taala. Amin... Lepas tu bari la ktorang wat announcement panggil dak2 blok len turun mek juadah tu.. huhu, terok kan.. ade ke patot melantak dulu.. haha..Tapi lauknye xde la banyak sangat. gpon orang yang ade kat bumi IPG KDRI ni bknnye ramai sgt. berape kerat je yang tinggal. yang len meraye kat kampung memasing.  

Meskipun hanya sekadar sahaja, tapi moment ni sangat berharga. Kepada kawan2, sahabat sahabiah yang lain, harap kita xkan lupa antara satu sama lain. best sangat ade kawan cam korang.. huhu, tacin la plak.
Ok la, sekian saja report drpd saya ntuk laporan Hari Raya Eidul Adha. Semoga pengorbanan Nabi Ibrahim as n anaknya Nabi Ismail as sentiasa tersemat dalam dada kita dan contohilah mereka yang berkorban demi kerana Allah.. kalau kita lah yang kena macam para nabi, mau ke kita korbankan anak kita sendiri?? Sebab tu la kita x jadi nabi.. hehe. Renung2kan dan selamat beramah... ^_^ 

Ps: yang terlibat dalam masak2 nih 
Fatin, Asiah, Kak Liza, Oya, Diba, Masni, Atiqah, Kak Nurul, Mira Latip, Aisyah Omar, Kak Jah... 

Thursday, 3 November 2011

Kelebihan Berselawat keatas Nabi Muhammad saw.

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.


Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."


Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."


Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."


Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."


Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.


Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Kisah kelebihan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayapitu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

`Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. `Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, 



Maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
`Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.' 



Kemudian Jibrail as berkata: `Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' 


Lalu Allah berfirman yang bermaksud. `Ya Jibrail, akan Aku berikansyurga Ma'waa sebagai tempat tinggal…' Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 


`Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ` 


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. `Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan….. .'


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan…. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S..W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia..