Renungilah duhai wanita,
Daripada Abu Musa, Rasulullah SAW bersabda: “setiap pandangan mata yang haram adalah penzina, dan sesungguhnya apabila wanita itu mengenakan haruman kemudian dia berlalu menghadiri majlis, maka dia adalah penzina.”
Menurut Syeikh Al-Maududi, 3 erti tabarruj:
1. Menampakkan keelokan wajah dan bahagian tubuh yang boleh membangkitkan nafsu syahwat di hadapan lelaki yang bukan mahram.
2. Mempamerkan pakaian dan perhiasan yang indah di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya.
3. Mempamerkan diri dan berjalan dengan lenggang-lenggoknya di hadapan kaum lelaki ajnabi.
Sabda Rasulullah SAW : wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya bertelanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punak unta, mereka itu tidak akan masuk syurga.
-riwayat muslim-
NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya.
AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya.
HATI mengatakan wanita cantik berdasarkan akhlaknya.
Ya Allah, ampunilah kami kaum hawa yang banyak melakukan dosa. Ampunilah daku sekiranya, aku juga tergolong dalam golongan yang disebutkan diatas. Patutlah Nabi SAW pernah bersabda bahawa kaum hawa paling banyak sekali di dalam neraka. Takutnya.. Nauzubillahi min zalik.
Wanita adalah hiasan dunia namun, sekiranya ia tidak menjaga diri, maka hiasan tadi akan berubah menjadi fitnah. Susah juga kan jadi wanita ni. Namun, tanpa wanita, tidak lengkaplah dunia ini. Biarlah sesusah manapun menjadi wanita, kita tetap perlu bersyukur dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Sekarang ni, dah makin banyak fesyen2 yang hampir tidak menepati syara'. Ada yang pakai baju menutup semua kulit tapi, aurat masih tak tertutup. Ada yang menutup aurat, tapi tabarruj pula. Maksudnya, pakaian tu ketat la, jarang la, merelip-relip la dan bermacam-macam lagi. Dan sekarang ni, fesyen orang pakai tudung pula adalah dengan menaikkan sanggulnya sehingga menjadi tinggi melangit seperti pundak unta yang disebutkan didalam hadith di atas.. Ya Allah, apalah nak jadi dengan dunia zaman sekarang? Makin susah nak cari wanita yang memakai pakaian betul-betul mengikut tuntutan syara'.
Selain itu, saya tengok, sekarang ni makin susah nak cari pakaian yang sempurna pada pandangan agama. Nak cari tudung, kebanyakannya jarang. Samalah dengan baju. Susah sangat. Kenapa orang sekarang ni suka sangat hasilkan pakaian yang jarang-jarang. Kadang tu, rase geram sangat yang tak terhingga. Tapi, nak buat macam mana kan. Nak tak nak, usaha untuk mencari pakaian yang sesuai tetap menjadi keutamaan dan kewajipan kepada semua WANITA.
Oleh itu, saya seru kepada semua kaum WANITA juga termasuk diri sendiri untuk sama-sama menjaga diri kita dan sama-sama kembali kepada fitrah menutup aurat yang sebenar. AYUHLAH wahai kaum hawa semua. Semoga dengan usaha kita mencari pakaian Islam akan dipermudahkan Allah serta mendapat ganjaran daripada-Nya. Aminnn...:)
Salam. Perkongsian yang menarik.
ReplyDeletePeringatan jugak buat ana.
Hehe.
Betulla tu, dunia sekarang semakin menghampiri kepada keadaan jahilliyah, tp, termanya adalah jahilliyah moden.
Tak payah tengok jauh-jauh dalam institut ana sendiri pun, berlambak-lambak da fesyen yang semakin mengghairahkan wanita-wanita untuk mencuba. Apatah lagi, wanita-wanita Islam di sini.
Kadang-kala, timbul rasa simpati dan empati pabila melihat gaya dan fesyen yang semakin menjadi-jadi, namun, tindakan apa yang mampu ana buat hanyalah bencikan perbuatannya, bukan pelakunya, dan mendoakan mereka untuk menutup aurat dengan lebih baik.~ Mahu mendekati, tp, masih takut untuk menerima penolakan. Moga Allah membantu ana dan enti dan yang lain untuk berpesan-pesan kepada kebenaran tentang aurat.
Moga Allah membantu kita dalam memelihara aurat dalam menenpuh dunia yang kian sukar ini untuk Islam tertegak.
Di sini, ana kongsikan link, yang ana baca buat renungan tentang pemakaian tudung labuh, persepsi masyarakat kini. Moga kita dikuatkan dengan iman yang mantap untuk kekal dengan imej sebenar muslimah Islam. InsyaAllah.
http://myheartinislam.blogspot.com/2011/04/tudung-labuh-itu.html